Tuesday 9 April 2013


BISMILAHIRAHMANNIRRAHIM,,
ASSALAMUALAIKUM,,
# repost# #update#





"Allah has already written the names of your spouses for you, What you need to work on is your relationship with Allah S.W.T. He will send her/him to you when you're ready. It is only a matter of time"

"Sesungguhnya Allah telah menulis nama pasangan anda untuk anda, Apa yang anda perlu bekerja pada hubungan anda dengan Allah SWT Dia akan menghantar dia / beliau kepada anda apabila anda sudah bersedia. Ia hanya menunggu masa "

Wednesday 6 February 2013

Solat Selepas Haid : Perkara Yang Dipandang Ringan Oleh Wanita..!


Bismillahirrahmanirahim,,,
Assalamualaikum,,

First post in 2013,,
Perkongsian Ilmu,,
Walaupun copy and paste,, 

hope u'olls get a new knowledge from this post,, 

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN OLEH WANITA..!!

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakan wanita Islam...Kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak... (saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )


Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"Pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "Alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur.


Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..




Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

                                                       


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)


2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.


3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!



(Sumber dari teman-teman di facebook)
Walahualam,, =)










Monday 4 June 2012

as a student,,

assalamualaikum,,

tetiba lak rse nk update psl aktiviti ainul as student,, but kali ni nkfocus on kokurikulum ainul at scola,,
dr last year ainul active in kawad kaki,, untuk PUTERI ISLAM,,
Jangan kiteorang ny puteri x leh nk kawad k, tahun lpaz ainul dipaksa oleh akak2 form 5 untuk ainul n' kwn ainul  msok kawad,, mule2 rse terpaksa tp lame2 jdy seronok.,,, tahun 2011.. kejayaan puteri islam peringkat daerah,, kiterorang merangkul naib juara untuk SMKTA,, alhamdulilah,,

kejayaan kiterorang tak terhenti at situ je,, peringkat sekolah pulak,,kiteorang menang di tempat kedua sama seperti peringkat daerah... alhamdulilah,, dr peringkat daerah ke peringkat sekolah dan ke peringkat negeri,, tp peringkat negeri kami merangkul tempat ke 4,,

 baru2 ny,, kawad kaki PUTERI ISLAM,, Dikejutkan dengan kawad kaki daerah,, sebenarnya kawad kaki untukl tahun ny xde,, tapi nk xnk kne ler hntar wakil ke daerah,, seriusly,, beat SSI PUTERI ISLAM,, tp dapat beat juz PBSM SSI,, naib johan jgk,, memang kejayaan PUTERI ISLAM SMKTA memang naib johan je,, pic at bwh ny semua kawad SMKTA,, 

                  
                              
                                                      Kawad kaki peringkat negeri,,,




                                                        Rindu lak an korang semua,,, =')
                                                         Ainul second dr kiri,, hehe,, cer crik,,,