Bismillahirrahmanirahim,,,
Assalamualaikum,,
First post in 2013,,
Perkongsian Ilmu,,
Walaupun copy and paste,,
hope u'olls get a new knowledge from this post,,
SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN OLEH WANITA..!!
Pengetahuan Islam kepada
sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU
lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah,
khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang
dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakan wanita Islam...Kenapa
hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang
betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti
dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak... (saya rasa
ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam
; "Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?"Pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
kebanyakkan mereka mengatakan: "Alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang
period' maka solat tu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah
yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan
solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh
dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali
yang masyhur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga
perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat
asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib
baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang
ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui
oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat
Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat
( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah
haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu
rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya
kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib
lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin
perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses
pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu
di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang
berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
(Sumber dari teman-teman di facebook)
Walahualam,, =)